
Kepada Wanita yang baru bergelar isteriku,
Alhamdullilah tiada kata yang layak terucap pada hari nan berbahagia ini. Kita selamat diijab kabulkan. Kehidupan kita sudah diikat sebagai suami isteri. Jodohku sudah ditetapkan oleh Illahi. Aku percaya inilah yang terbaik untukku dan aku berserah padaNya kerana Dia maha tahu segalanya.
Aku pasti kita berdua telah sedar akan cabaran yg mendatang. Aku harap kita cekal menempuhinya bersama. Tingkatkan tahap kesabaran dan laluinya dengan tenang. Setiap cabaran merupakan ujian kepada utuhnya ikatan kita. Setiap persilisihan pasti akan mengajar kita sesuatu yang baru. Kita guna ia sebagai pengukuhkan persefahaman dan jalinan kasih sayang.
Tak perlu ku ingatkan tentang kewajipanmu sebagai seorang isteri. Tetapi adakalanya aku perlu memberi peringatan kepadamu. Aku harap kau akan mendengar teguranku dengan hati yang terbuka. Teruskan usahamu dalam beribadah dan aku harap kau juga akan membantu dalam urusan akhirat.
Aku hargai buah fikiranmu dalam setiap hal kehidupan kita berdua. Namun ku harap ia dapat disampaikan dengan kelembutan, perasaan kasih sayang dan tidak wujud pemaksaan. Kita akan berkongsi hidup. Jadi setiap keputusan mesti dibuat bersama. Jika tidak ada yg mahu yg beralah, perlulah kita mencari jalan tengah.
Kekalkan kecantikanmu untukku. Kecantikan fizikal seorang wanita pasti akan pudar. Kecantikan sebenar seorang wanita terletak pada keluhuran pekerti dan kehalusan watak, pandangannya yang penuh dengan kasih sayang serta suaranya yang merdu yang membuat laki-laki yang hidup bersamanya menemukan ketenangan, terlihat dari senyuman yang menambah sinar di wajahnya hingga ia dapat mempersembahkan untuk suami sebuah keindahan dan kebahgiaan.
Akan aku jalankan tanggung jawabku sebagai suami dan memimpin kamu sebaik mungkin. Aku tak akan berjanji bulan dan bintang namun akan aku berikan cinta dan kasih sayang yang cukup yang akan meninggalkan kesan dan kenangan manis dalam hidupmu. Aku berharap kau bersabar dengan karenahku seperti mana aku kepada kamu.
Yang Benar,
Azare