Azare & Astuty

  • Home
  • Reception
  • Sign GuestBook
  • Vendors
  • Blog

Tips merancang perkahwinan untuk bakal pengantin lelaki

Posted on August 29, 2016 by onepageradmin

Bukan tujuan saya nak tunjuk pandai tapi sekadar berkongsi pengalaman sejauh ini dalam merancang majlis saya tak lama lagi. Semoga isi kandungan ini bermanfaat kepada pembaca terutama lelaki yang mungkin sedang rungsing tentang persiapan untuk majlis persandingan.

Merisik sudah, bertunang sudah, cincin tunang belah rotan sudah disarung ke jari manis si dara, hantaran sudah dipersetujui dan tarikh majlis pun sudah ditetapkan. Sekarang dah nak kena fikirkan perancangan majlis. Jadi perkara yang pertama adalah untuk mengira detik ke hari persandingan supaya kita tahu berapa banyak masa kita ada untuk merancang.

Perkara yang kedua adalah mulakan perbincangan. Kita mesti duduk berbincang dengan dua pihak. Pertama, bakal isteri dan kedua, pihak keluarga. Kalau dengan bakal isteri, kita perlu berbincang tentang hal-hal perkahwinan yang diperlukan bersama seperti barang hantaran, pakaian sanding, photography, kereta pengantin. Kita perlu menghormat kehendak bakal isteri kita. Mereka bukan cerewet tapi ingin dilihat cantik dah berseri pada hari tu. Jadi kalau ada perselisihan, sebagai lelaki perlulah kita beralah.

Bincang pula dengan keluarga sendiri. Majlis perlu tempat, senarai tetamu, kad undangan, berkat, tukang masak dan lain lain lagi yg bersangkutan dengan majlis pihak lelaki. Kita mungkin akan sibuk dengan hal pengantin. Jadi kalau boleh, amanahkan seseorang dalam keluarga “wedding planner”. Dia yang akan menguruskan hal majlis seperti berurusan dengan tukang masak, pembuat kek pengantin. Kalau keluarga besar, boleh kita buat senarai tugas yang boleh mereka lakukan.

Selesai perbincangan, kita dah ada senarai kelengkapan untuk majlis dan bagi setiap item, ada harga anggaran. Kita perlu tetapkan belanja yang kita perlukan dan mampu. Jadi perkara yang seterusnya ialah selidik dan semak semula harga yg senarai. Bagi setiap item, buat penilaian lebih daripada satu vendor. Dapatkan yang terbaik dan sesuai dengan bajet. Tugas ini perlu banyak usaha dan mungkin masa. Berjumpa dan berunding dengan vendor dan gunakan khidmat mereka jika didapati sesuai. Bila dah dapat yg sesuai, buat perjanjian. Buat pembayaran tepat pada waktu dan simpan semua resit sebagai bukti.

Yang penting dalam persiapan ialah masa. Mulakan awal kerana sebahagia perkara perlu dilakukan awal. Contohnya, katering dan berkat perlu ditempah paling lambat 6 bulan sebelum majlis. Perbincangan akan menyepadukan kerja dan menghuraikan perselisihan. Kita semua ada cara masing-masing tengang setiap perkara. Contoh, mak nak berkat cokelat dan pengantin pulak nak beri tetamu kek cawan. Jadi berkat nak beri apa? Kenalah berbincang dan juga bertolak ansur. Perancangan penting juga. Kalau kurang atau tiada perancangan, mungkin ada perkara yang terlupa dan terpaksa dilakukan di saat akhir.

Recent Posts

  • Coretan Buat Isteriku
  • Tips merancang perkahwinan untuk bakal pengantin lelaki
  • Salam Perkenalan.

Copyright ©2026 · Azare Puasa - All Rights Are Reserved · Terms & Conditions · Privacy Policy